Laman Pelaburan Islam
Home > Saham Amanah, Tip Pelaburan, Umum, Unit Trust > Tip mengawal emosi dalam pelaburan

Tip mengawal emosi dalam pelaburan

April 2nd, 2009

Saya sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman dalam business  Unit Amanah. Sebelum menyertai perniagaan sebagai seorang perunding unit amanah saya selalu membaca artikel dimajalah-majalah, buku-buku dan surat khabar yang berkaitan dengan perancangan kewangan.

Secara peribadi saya memang suka melihat kejayaan orang lain dalam mencapai sesuatu matlamat terutamanya dalam perniagaan atau kebebasan kewangan. Saya juga suka bertanya kepada mereka-mereka yang berjaya, macam mana mereka mencapai sesuatu kejayaan dengan mengharungi detik-detik pahit dalam perjalanan mencapai kejayaan yang mereka capai.

Rata-rata dari mereka mengatakan, kejayaan bukan datang sekelip mata. Malah ramai yang terpaksa melalui detik-detik hitam sebelum kejayaan muncul dalam hidup mereka.

Tapi demi mencapai matlamat yang mereka impikan, mereka akan bangun semula sebaik saja mereka jatuh. Teringat saya kata-kata Napoleon Hill dalam bukunya yang bertajuk Think and Growth Rich “sesuatu kejayaan biasanya tersembunyi disebalik kegagalan”.

Kata beliau kadang-kadang seseorang tersebut terpaksa melalui beberapa siri kegagalan barulah kejayaan muncul didepan mereka tanpa mereka sedari. Jadi apa kaitannya dengan kerjaya sebagai seorang perunding unit amanah/agen unit trust?

Seperti yang kita maklum dalam pelaburan unit amanah juga mengandungi risiko. Bila disebut tentang risiko ramai dari kita cuba menghindarkan diri dari terlibat. Malah ramai juga yang menganggap sebarang pelaburan yang mengandungi risiko bukanlah untuk mereka.

Hasilnya mereka lebih rela wang hasil dari titik peluh mereka disimpan dideposit bank yang menjanjikan jaminan modal. Biar untung sedikit, yang penting modal tidak terjejas.

Mentaliti seperti ini sebenarnya adalah mentaliti orang yang takutkan kegagalan. Apatah lagi mereka pernah kerugian dalam percubaan untuk membuat pelaburan.

Pada pandangan peribadi saya risiko pelaburan dalam unit amanah adalah tidak lebih dari risiko masa dan emosi. Sekiranya kita menganggap melabur dalam unit amanah/unit trust untuk mencapai keuntungan dalam masa yang singkat “short term investment” maka kita adalah orang yang paling berisiko.

Begitu juga dengan mereka yang gagal mengawal emosi bila melihat pergerakan ekonomi yang mengalami penurunan atau “recessions”, mereka panik dan mula menjual pelaburan mereka walaupun mereka sedar pelaburan mereka belum mencapai keuntungan positif. Dengan berbuat demikian mereka dapat  mengelakkan dari kerugian yang lebih besar.

Tip yang paling berkesan dalam pelaburan unit trust/saham amanah ialah lebih lama kita simpan pelaburan kita maka lebih selamat kapital kita dan potensi keuntungan yang lebih baik juga semakin besar.

 

Terima kasih ;)

 

Anda boleh hubungi agen unit trust/saham amanah anda disini

khairunizam Saham Amanah, Tip Pelaburan, Umum, Unit Trust

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.