Laman Pelaburan Islam
Home > Saham Amanah, Unit Trust > Menilai prestasi dana unit amanah secara adil

Menilai prestasi dana unit amanah secara adil

April 18th, 2009

 

Sebagai pelabur unit amanah amatur adalah mencukupi sekadar melihat Carta Lipper untuk 1,3 dan 5 tahun lepas. Di bawah adalah contoh carta Lipper untuk 1 tahun dan bagaimana mentafsirkan maklumat dalam carta tersebut.

Berikut jadualnya maksud ukuran-ukuran diberi secara ringkas kemudian pentafsiran data untuk membantu pilihan dana.

menilai-prestasi-unit-amanah                             

Kedudukan - Dalam setiap sektor, dana yang mempamerkan pulangan tertinggi akan diletakkan di atas sekali. Di bawah setiap sektor diberikan nilai purata setiap sektor, nilai ini mencerminkan purata prestasi semua jenis dana dan bilangan dana dalam satu-satu sektor.

Pulangan total –  Nilai ini tidak mengambil kira pertumbuhan kompaun tetapi mengukur pertumbuhan NAB(Nilai Aset Bersih) dana.

Pulangan kompaun tahunan – Nilai ini mengukur kadar pertumbuhan suatu dana secara kompaun untuk suatu jangka masa contohnya 3 atau 5 tahun.

Pelan simpanan berkala – Memberi nilai terkini sekiranya seorang pelabur melabur secara berkala setiap bulan sebanyak RM1,000.00.

Nisbah maklumat – Cara yang lebih baik untuk mengukur prestasi dana kerana ada dana yang berjaya memberikan pulangan tinggi tetapi mendedahkan dana kepada risiko tinggi. Nisbah ini mengukur perhubungan antara pulangan yang berjaya dihasilkan dengan pendedahan risiko. Lebih tinggi nisbah maklumat sesuatu dana bermakna prestasi dana tersebut  lebih konsisten.

Pelan simpanan sekali gus (lump sum) – Memberi nilai terkini jika seorang pelabur melabur secara sekali gus sebanyak RM10,000 satu atau tiga tahun selepas merujuk kepada jangka masa yang diukur.

Caj  permulaan maksimum –  Nilai caj maksimum yang bakal dialami seorang pelabur (dalam unit peratusan) apabila mula melabur.

Yuran tahunan maksimum – Nilai caj pengurusan yang dikenakan oleh pengurus dana setahun sekali.

Pendahulu lipper – Mata diagihkan seperti berikut; 20% pertama tertinggi – mata L, 20% berikut – mata 2, 20% berikut – mata 3, 20% berikut – mata 4 dan 20% terendah – mata 5.

Sekarang pentafsirannya – jadual ini ialah untuk jangka masa 1 tahun, melibatkan 10 dana sektor ekuiti jenis Islamik. Kedudukan dana boleh berubah-ubah mengikut bulan, contohnya Dana R naik dari tangga kelima ke tangga tiga selepas Dana Y turun dari tangga 7 ke tangga 10. Dari segi pulangan Dana P menduduki tangga teratas kerana prestasi pulangan tahunan yang tertinggi iaitu pulangan total sebanyak 13.15 peratus. Dari segi Pendahulu Lipper Dana P mempunyai 2 simbol L (Leader).

Ada dana yang memberikan pulangan tinggi tetapi pengurusannya mengambil risiko tinggi yang mungkin tidak memenuhi profil risiko pelabur. Dana sebegini akan menunjukkan Nisbah Maklumat negatif atau bernilai amat kecil. Tetapi caj kemasukannya ialah 7% bererti jika anda ingin melabur RM1,000 bermakna jumlah caj kemasukannya ialah RM70. Namun nisbah maklumat Dana P stabil dan kuat menunjukan yang pengurus Dana P mengambil risiko yang sewajarnya meskipun pulangannya baik.

Jika pelabur ingin meminimumkan caj kemasukan dengan prestasi sederhana Dana Q adalah calun yang elok. Ini memandangkan caj kemasukan hanya 5%, pulangannya sekitar 10 % dan nisbah maklumat 0.21. Dana-dana dari T ke Y mempunyai nisbah maklumat negatif ini menunjukkan prestasi tidak konsisten malahan Dana W,X,Y memberikan pulangan negatif. Dana T walaupun mempunyai simbol L (pendahulu Lipper) namun nisbah maklumatnya negatif. Jika masih memilih Dana T pastikan pemantauan ketat dilakukan. Ini tidak bermaksud mereka tidak baik tetapi untuk jangka pelaburan yang pendek (misalnya setahun) tidak sesuai memilih dana seperti ini.

 

Hubungi Agen Unit Trust/Unit Amanah anda… Klik sini segera

khairunizam Saham Amanah, Unit Trust

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.