About
Dalam dunia yang serba mencabar sekarang terutama apabila berlaku krisis ekonomi kita sering mendengar berlaku pembuangan pekerja secara beramai-ramai oleh syarikat kecil mahupun syarikat gergasi dengan alasan untuk mengurangkan kos operasi dan secara langsung bagi mengelakkan kerugian.
Bagi sesiapa yang sudah mempunyai ‘home base business’ tentulah perkara ini tidak terlalu merisaukan sangat. Tetapi bagi yang belum bersedia apakah yang akan dilakukan sekiranya terpaksa diberhentikan.
Disini saya mengajak anda yang belum mempunyai ‘home base business’ ataupun yang berminat menerokai bidang kerjaya sebagai Perunding Saham Amanah atau Agen Unit Trust yang boleh dijadikan ‘home base business’ yang baik sebagai kerjaya sepenuh masa atau untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau sebagai persediaan menghadapi krisis ekonomi.
Mempelbagaikan sumber pendapatan (multiple income stream) merupakan langkah yang terbaik untuk menghadapi pelbagai situasi ekonomi kerana sekiranya kita kehilangan salah satu punca pendapatan maka kita ada lagi punca pendapatan yang lain sebagai ‘backup’.
Robert T. Kiyosaki berkata, sekiranya anda sayangkan kerja anda sekarang… ‘keep your days job and do part time business’.
Terima kasih

Khairunizam
Seri Kembangan, Selangor.
Memandangkan banyak email spam yang diterima. Untuk sebarang pertanyaan sila hantarkan pertanyaan anda melalui borang ‘Contact’ atau ‘Tanya Agen’.
Hotline: 012-3067564
Terima kasih




Salam
berminat nak jadi ejen.. nak tahu lebih lanjut.. saya tinggal di bangi..
kerja di nilai
Wasalam M.Farhan
Terima kasih kerana bertanya. Seperti yg kita bincangkan melalui phone. Kita jumpa Warta bangi Ahad ni 5/4/09 jam 11am. Jumpa anda di sana…
Salam,
Saya mula menyertai Public Mutual sebagai agen unit trust pada pertengahan 2007 setelah diperkenalkan oleh A. Shukor (JB). Pada pandangan saya kerjaya sebagai perunding saham amanah adalah kerjaya yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai modal dan kurang ilmu pasal selok belok perniagaan.
Latihan profesional yang disediakan juga sangat berkesan untuk anda membuat jualan walaupun anda seorang yang pemalu. Yang penting keinginan yang kuat untuk berjaya sentiasa menjadi pendorong untuk diri sendiri.
Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2 dalam membuat jualan/sales. Berita baiknya, anda tidak perlu meniru cara mereka yang berjaya untuk berjaya.
Anda hanya perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri dalam mempromosikan diri anda pada bakal pelanggan. Jadi anda lebih fokus pada apa yang anda mahu bukannya pada apa yang anda tidak mahu.
Jangan bimbang sekiranya anda lambat macam kura2 yang ingin berlumba lari dengan arnab. Sekiranya anda terus berlari walaupun perlahan lambat laun pasti akan sampai ke destinasi yang dituju.
Sepanjang penglibatan saya sebagai Unit Trust Consultant Public Mutual, saya dapati agen unti trust/unit trust consultant terdiri dari pelbagai peringkat umur (dari 21 tahun – 50 tahun) dan yang paling ramai ialah dari golongan berbangsa Cina dalam anggaran 70%, Melayu 25% dan India 5 %.
Oleh itu tidak hairanlah kenapa orang cina lebih baik dari segi taraf ekonominya. Mereka melabur dan melibatkan diri dalam industri yang belum diterokainya sepenuhnya dan mempunyai potensi berkembang yang sangat luas. Oleh itu juga saya dapati peluang orang Melayu masih sangat luas kerana Public Mutual telah melancarkan Produk Islamik yang berkualiti semenjak 1997.
Untuk pengetahuan anda Produk Islamik Public Mutual telah mendapat sambutan yang luar biasa dari bangsa lain selain Melayu. Kerana Produk Islamik lebih setabil terutamanya apabila berlakunya krisis ekonomi seperti sekarang. Seperti yang kita tahu, krisis ekonomi sekarang adalah disebabkan oleh ketamakkan pihak kapitalis yang memanipulasikan system kewangan konvensional (subprima mortgage).
Berita baiknya sekiranya anda menyertai Public Mutual sekarang, peluang anda untuk membuktikan kepada bakal2 pelanggan anda bahawa produk Public Mutual boleh memberi potensi pulangan yang luar biasa dalam tempoh 3-7 tahun dari sekarang. Seperti2 yang telah dibuktikan semenjak tahun 1981 lagi.
Jangan tunggu lagi, ayuh sertai kami dalam industri yang sedang berkembang sebagai perunding saham amanah/agen unit trust.
Untuk menghubungi kami anda boleh mengunakan borang ‘contact’ dan borang ‘Tanya Agen’ untuk sebarang pertanyaan.
Terima kasih.