Agen Unit Trust

A. Shukor AM

March 24th, 2009

From: LombongEmas@yahoogroups.com [mailto:LombongEmas@yahoogroups.com] On Behalf Of a.shukor@yahoo.com.au
Sent: Monday, March 23, 2009 3:21 PM
To: lombongemas
Subject: [LombongEmas] ..Syabas Khairunizam Tohiran…Pingat megat dewa sri alam..

 

…salam kpd semua L.E members…

 

Khairunizam ialah antara agent terawal yg saya rekrut di KL selepas beliau kenal saya melalui blog iaitu pada awal tahun 2007….penerimaannya mudah dan pantas, semacam dia mmg sudah bersedia nak join dan buat public mutual secara part time….saya kasi form dan dia terus submit sendiri di KL…sepanjang dia join business ni bersama2 saya, saya hanya jumpa dengan dia sebanyak 2 kali..iaitu semasa NSC 2007 di sunway..dan NSC 2008 di hotel di KL…khairunizam ialah antara 90 agent saya di seluruh malaysia yang buat secara part timer.

 

..Apa yg menarik pada khairunizam yg saya nak kongsikan dengan semua agent ialah….sikap dan kemahuannya dalam business tidak pernah padam semenjak dari bulan pertama saya rekrut dia, walaupun banyak cabaran dan rintangan tapi beliau TIDAK PERNAH MISS BUAT SALES setiap bulan, saya lihat dia buat sale every month antara 5K-30K sekalipun secara part time.  bayangkan…tak pernah miss closed sale setiap bulan……ini bermakna dia mmg sudah menetapkan matlamat yang jelas kenapa dan mengapa dia join public mutual….

 

persoalan mengenai jarak antara saya dan dia (upline dan downline) bukannya satu halangan, segala bentuk maklumat dan latihan boleh diperolehi di public mutual dan dalam yahoogroups L.E. apa yg diberikan penekanan ialah komitmen anda terhadap business nie…mr khairunizam sudah berjaya menunjukkan komitmen yang kosisten dan saya yakin matlamatnya untuk dapat income tambahan dalam business ni mmg sudah membuahkan hasil.

 

oleh yg demikain saya nak minta jasa baik mr khairunizam utk bagitahu sedikit sebanyak tips bagaimana beliau boleh buat sales every month tanpa fail sekalipun secara part time. saya harap semua agent2 part time boleh belajar bagaimana mr khairunizam mengekalkan momentum sales setiap bulan.

 

Konsisten dan kecekalannya dlam business memyebabkan Saya menaugerahkan mr khairunizam pangkat Megat Dewa Sri Alam….

 

regards

 

a.shukor

AM

  1. March 24th, 2009 at 12:23 | #1

    Salam…

    Terima kasih atas pengiktirafan dari ‘BOSS’ En. A. Shukor (jangan puji banyak sangat boss, saya hanya umpama kuman yang dikelilingi oleh gajah2 yang hebat dan perkasa).
    Sebelum join Public Mutual saya memang tercari2 satu ‘investment vehicle’ yang boleh dijadikan alat untuk merealisasikan impian saya iaitu ingin menjadi BOSS
    pada diri sendiri. Apabila diperkenalkan oleh En. Shukor dengan produk islamik Public Mutual saya tidak terus terima pelawaannya untuk melabur. Sebaliknya
    saya membuat sedikit research tentang Public Mutual.

    Setelah yakin dengan Public Mutual yang telah berada di arena Unit Amanah selama lebih 26 tahun (1981-2007) dan yakin kerjaya perunding unit amanah boleh dijadikan
    ‘home base business’ yang baik. Saya menghubungi En. Shukor untuk melabur dengan syarat saya minta En. Shukor melatih saya menjadi ejen Public Mutual.
    Saya ingin mengambil cabaran dari Robert T. Kiyosaki dalam buku yang bertajuk ‘Rich Dad Poor Dad’: why be a banker if you can become a bank.

    Sebaik saja menerima borang pelaburan dan agency yang diposkan oleh En. Shukor, saya terus mengisi borang tersebut pada hari yang sama dan terus submit
    ke Public Mutual Bangsar (masa tu saya tak tau caw P. Mutual ada di cheras). Dalam tempoh 1 bulan baru saya dapat peluang menghadiri kursus CUTE (Computerized
    Unit Trust Examination). Selepas lebih kurang 1 bulan menghadiri kursus saya pun menghadiri peperiksaan CUTE di Technology Park K.L yang dikendalikan oleh FMUTM
    pada hari Sabtu bulan Febuari 2007.

    Tapi malangnya semasa mendaftarkan diri untuk peperiksaan tersebut dompet saya telah tercicir (mungkin jatuh masa tanya orang dimana lokasi/building CUTE). Gagal menunjukkan
    kad pengenalan menyebabkan saya tidak dibenarkan masuk ke bilik peperiksaan. Setelah gagal membuat rayuan pada pegawai FMUTM yang in charged. Saya pun balik dengan rasa
    kecewa yang amat sangat.

    Tapi saya tidak putus asa (saya teringat dalam buku motivasi yang pernah saya baca). ‘kegagalan hari ini mungkin petunjuk kejayaan besar satu hari nanti’.
    Pasa hari Isnin berikutnya saya terus pergi ke Bangsar untuk buat rayuan pada FMUTM melalui P.Mutual untuk reseat exam semula dengan membuat surat
    ringkas dan menyerahkan pada pegawai yang berkenaan.

    2 bulan selepas rayuan barulah saya dapat tahu keputusan rayuan tersebut yang adalah mengecewakan. Nampaknya saya terpaksa keluar duit semula untuk reseat
    exam dah lah banyak duit habis sebab kehilangan kad pengenalan, kad kredit, lesen memandu dan dokumen penting lain(En. Shukor ada offer untuk bayar duit reseat,
    tapi saya tolak mentah2… anak jantan beb mesti ada ego… padahal kalau saya terima dah kira jimat RM108 untuk reseat exam… sedikit menyesal pun ada hehehe…).

    Selepas 2 bulan barulah saya dapat reseat exam semula…. Masa tu saya demam, exam 2 jam tapi dalam masa 1 jam saya keluar dari bilik peperiksaan sebab dah tak tahan sangat
    badan panas berapi, kepala macam nak pecah sebab demam ditambah dengan soalan2 exam yang agak mengelirukan. Setelah jawab semua soalan dan buat sedikit ulangan kot2
    ada yang tertinggal soalan yang tak berjawab saya pun klik print pada skrin computer….fuhhh nasib baik lulus….

    Balik rumah saya pun taip SMS pada semua adik beradik saya yang berpotensi menjadi pelabur. ‘Salam, mulai 1 Ogos 2007 saya merupakan seorang perunding unit amanah Public Mutual
    yang sah, pada sesiapa yang berminat melabur dalam dana islamik p.mutual boleh hubungi saya segera. Tq.’

    Saya pun mulakan kayuhan. Pada hari yang ketiga iaitu 3 haribulan Ogos 2007 saya mendapat seorang pelabur pertama (selain dari pelaburan saya sendiri) iaitu kakak saya sendiri
    yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Walaupun dengan melabur RM1,000 sebagai pelaburan permulaan, ianya merupakan pembakar semangat pada saya sebab kakak saya ni bukanlah
    ada pendapatan tetap, selain pendapatan RM300 sebulan sebagai tukang masak sambilan ditaska.

    Kalau dengan pendapatan RM300 pun boleh melabur masakan orang yang bergaji RM2000-RM3000 tak boleh melabur. Apa lagi dengan pencarum KWSP yang berpuluh2 dan beratus2 ribu.

    Berkenaan strategi buat sales tiap2 bulan. Sebenarnya saya takde strategi yang special dalam buat sales. Strateginya bukanlah susah dan bukanlah senang sangat.
    Saya cari kenalan yang percaya dengan saya dan minta mereka melabur tiap2 bulan dengan mengunakan prinsip ‘pay your self first’, maknanya melabur sebelum berbelanja untuk
    masa depan dengan membuat auto debit dari akaun gaji mereka. Dan untuk pelabur KWSP setiap 3 bulan saya akan jumpa mereka untuk membuat pelaburan tambahan.

    Dan yang paling penting, tunjukkan komitment yang berterusan dan doakan kejayaan pada diri sendiri dan pelanggan serta anak-anak mereka semoga mereka dimurahkan rezeki, mendapat
    rezeki yang diberkati dan mendapat anak2 yang taat pada ibu bapa. Apabila pelanggan sudah percaya, mereka akan kenalkan kawan2 dan adik beradik mereka untuk melabur.

    Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih atas sokongan berterusan dari En. Shukor, Khairi Tohiran, Manisah Tohiran, Abdul Wafi Abdullah dan semua pelanggan yang saya kasihi.
    Semoga dengan sokongan anda menjadi pembakar semangat saya agar tidak berputus asa dalam menghadapi pelbagai rintangan.

    Sekian. Terima kasih.

    Ingin menjadi Perunding Unit Amanah Syarikat no. 1?

    Klik sini segera untuk menghubungi kami..

  1. No trackbacks yet.